Calon-calon Pro-M menang besar selepas tamat sesi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kampus UNISEL semalam.
Jurucakap Pro-M berkata, calon-calon dari pihak beliau menang 15 daripada 19 kerusi yang akan dipertandingkan pada PRK UNISEL pada 24 Mac ini. Beliau juga berkata, selepas selesai proses penamaan calon di kampus induk Bistari Jaya di Ijok semalam, pro-M menang tanpa bertanding di 12 kerusi umum dan tiga kerusi fakulti.
Selain di Ijok, Unisel mempunyai kampus cawangan di Shah Alam. Bagaimanapun, semua proses penamaan calon dijalankan di kampus induk Ijok.
MURAIkini
~ Ketelusan Tiada Penipuan ~
~ Ketelusan Tiada Penipuan ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan